Nuffnang

Kampung 1 Malaysia UniMAP

>> Friday, July 01, 2011

Kangar – Hampir 200 mahasiswa dan mahasiswi dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) Zon Utara terpilih menyertai Program Kampung 1 Malaysia anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). 

Program yang bertemakan Gagasan 1 Malaysia itu diharap dapat menjadi medium terbaik untuk meningkatkan pemahaman mahasiswa-mahasiswi IPTA dan IPTS tentang pentingnya semangat pemuafakatan dalam kehidupan.

Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniMAP, En. Razli Ahmad berkata, mahasiswa-mahasiswi merupakan ejen terbaik untuk menerapkan budaya 1 Malaysia di kalangan masyarakat di negara ini.

“Sebagai generasi cerdik pandai dan berilmu, seharusnya pemahaman konsep 1 Malaysia ini menjadi lebih mudah sebelum disebarluaskan di kalangan masyarakat.

“Maka atas sebab itu, UniMAP menyambut baik usaha KPT menganjurkan program ini dan atas semangat 1 Malaysia jugalah kami menerima tawaran untuk menjadi hos program ini,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Kampung 1 Malaysia di Dewan Serbaguna Kampus Kubang Gajah, Arau semalam.

Sebanyak lapan buah IPTA dan IPTS zon Utara menyertai program tersebut iaitu, UniMAP, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik Arau, Politeknik Ipoh, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, UiTM Pulau Pinang, Kolej Komuniti Bandar Darul Aman dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).   

Kesemua 200 pelajar terbabit akan ditempatkan di lima buah kampung iaitu Kampung Ujong Bukit, Bintong Perlis, Kampung Perit, Chuping Perlis, Kampung Sungai Baru, Simpang Empat Perlis, Kampung Tok Pulau, Simpang Empat Perlis dan Kampung Kuala Kerpan, Jerlun Kedah.

En. Razli seterusnya berkata, melalui program ini mahasiswa dan mahasiswi berpeluang untuk berjasa dan menabur bakti kepada masyarakat, dalam usaha melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berketrampilan, serba boleh dan bakal pemimpin negara masa hadapan.

Selain itu, matlamat program ini juga adalah untuk memimpin dan memberi 
motivasi serta menyuntik semangat pelajar sekolah di kampung berkenaan, supaya cintakan ilmu melalui ceramah dan bengkel akademik yang diadakan.

Di antara pengisian program yang diadakan, termasuk program motivasi kecemerlangan akademik yang mensasarkan pelajar sekolah menengah dan 
rendah untuk meningkatkan lagi prestasi pendidikan mereka melalui ceramah dan bengkel akademik. Selain itu turut diadakan majlis tazkirah, solat berjemaah, gotong royong, aktiviti sukan dan persembahan kebudayaan.














Kampung Perit, Perlis
Sape ni, cuba teka.
 
Sumber. 

0 komen membina:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP