Nuffnang

100 Teka Teki

>> Wednesday, June 01, 2011



1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki? (burung kena pijak)

2. lalat ader enam kaki, hinggap atas seketul tahi kaki dier tinggal beraper? ( tinggal 5 , 1 tutup idung)


3. ulat gonggok ader 100 kaki, belok ke kiri tinggal beraper? (99, 1 beri signal belok)


4. burung ader 10 ekor hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kener 2 ekor. Beraper ekor yg tinggal ? (10 ekor, ekor tak tanggal)


5. Kapal layar bertolak dari utara ke selatan, angin bertiup dari timur ke barat, asap kapal tu kemana (naik ke atas)


6. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. (masuk benang dlm jarum)


7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai? (bas sekolah)


8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? (milo)


9. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki? ( kalau 2-jatuh)


10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta? (motor – bertongkat)


11. Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah (panjat pokok kelapa)


12. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan? (betina – duyong, bakar – jantan)


13. Kalau makan isi, buang kulit. Kalau makan kulit, buang apa? ( buang tebiat)


14. Kalau kat tangan jam tangan, kalau kat dinding, jam dinding, kalau kat dahi, jam apa? ( jambul)


15. Beza Burung dgn Unta (Unta ada burung , tapi burung tak ada unta)


16. Jauh macam ambulan , dekat macam doktor..apa dia?(nyamuk)


17. Potong panjang tak potong pun panjang?(kacang panjang)


18. Nampak dibawah cari di atas? ( bumbung bocor)


19. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik( bilik – tutup tuk start permainan, stadium- bukak start permainan)


20. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol (semut mata bengkak)


21. Ahmad bin Abu, kambing bin apa? ( Binatang)


22. Apa dia, 3 pasang - 2 kaki, 2 pasang - 1 kaki (kereta manual & otomatik)


23. Dalam dunia ni kan haiwan apa yang paling miskin, dihina dan dicercasian dia ( AYAM yelah sebab kalau nak makan dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dah tu peribahasa pun ada kata, org yang tak pakai selipar/kasut/alas kaki tu ber'kaki ayam' alamak ayam lagi yang kena..kesian dier..)


24. Dalam banyak -banyak huruf, huruf apa paling panjang (Paling panjang dan paling membosankan ialah huruf Q)


25. Ada 2 ekor katak, salah sekor katak tu melompat tapi yg sekor lagi tak melompat kenapa yg sekor tu tak leh melompat macam member dia..kenapa hah?? ( sebab yg sekor tu 'KATAK bawah tempurung' bab tulah ia takleh melompat macam member dia.)


26. Barang/benda jenis apakah yang disukai oleh semua orang tapi tak semua orang suka membelinya? ( Barang asli Sebabnya ialah kebanyakan harga barang-barang asli adalah mahal, jadi ada orang lebih suka membeli barang tiruan kerana ianya murah)


27. Buah apa yang gantung tak berdahan tapi bila pegang waktu panas ia melekat (buah melaka belum gaul kelapa )


28. Buah apa yang panas selama2nya bila2 kena pun panas. ( buah penerajang ngan penampor)


29. Ku kangkang ku taruk ku bukak uhhh sedapnye. ( Cermin Mata)


30. Bulu bertemu bulu semakin rapat semakin sedap rasanye. ( Tutup mata nak tido ler)


31. Badan bertemu badan cucuk batang keluar air . ( Mesin Tebu)


32. Tutup pintu tutup lampu bukak kain main. ( Panggung Wayang)


33. Lembu ada 4org pompuan ada dua jer benda tuape ke bendanye . ( Kaki )


34. Binatang ape ada banyak buahnye. ( Naga cina sebab yg main naga tu mungkin lebih dari 10 org jantan tu yg banyak buah dia tu )


35. Laki-laki kalau tak dapat benda tu dia gunakan tangan. ( Sudu atau garpu nak makan)


36. Masuk tegang keluar lembik. ( Stokin)


37. Bile dia masuk tegakbila dia keluar dia bengkok. ( Jari kelingking korek hidung)


38. Kenape org lelaki tak boleh berendam dalam air laut lama-lame. ( Takut jadik telur masin.)


39. Huruf apa paling tinggi (jawi)& paling panjang (rumi) 
( huruf wau & Q )


40. Bulu bertemu bulu, dunia bertambah gelap ( tutup mata)


41. Banyak² singh, singh apa plg gembira? (Singarung)


42. Banyak² kelapa, kelapa apa tak der kat malaysia? (Kelapa laut Afrika)


43. Ada satu jln, bila warna hijau tak jalan, tapi bila warna merah, jalan tak berhenti sampai habis? (ubat nyamuk)


44. Ketika kecil pakai yang besar, bila besar pakai yang kecil,(pampers)


45. Banyak² pokok, pokok apa plg tinggi? (pokok kat gunung everest)


46. Banyak² pokok, pokok apa yang tak malu? (pokok menumpang)


47. Banyak² siput, siput apa org bela? (siput rambut)


48. Banyak² siput, siput apa plg bijak?(siput sarawak)


49. Menyepit bukan ketam, mencangkung bukan monyet? (chopstick)


50. Gosok² tegak? (strerika)


51. Dilihat keras di pegang cair? (airbatu)


52. Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat? ( duit sepuluh sen bila masuk dalam air tenggelam)


53. Banyak² rumah, rumah apa tinag dia kat atas? (kubur)


54. Benda terlicin kat dunia (org minyak)


55. Mlm hidup, siang mati (ikan)


56. Apa dia, kepala kat kepala, taik kat kepala, tangan kat kepala, kaki kat kepala? (kutu)


57. Banyak² angota ayam, apa plg sedap? (bulu ayam tuk telinga gatal)


58. Binatang apa yang bertelur & beranak (siput babi)


59. Banyak² kuih, kuih apa yang bukan kuih? (kueh teow)


60. Banyak² kereta, kerata apa yang pemandunyer memandu dari belakang? ( kereta sorong)


61. Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang sekor menang tapi yang sekor lagi mati lemas kenapa? ( 1- anjing laut, 1- anjing biasa)


62. Sebelum masuk keriang, dah masuk basah? (uncang teh)


63. Mana lebih tinggi ayam ker kura²? (kura² sebab 4 kaki)


64. Banyak² jaring, jaring apa yang kalau wat tangkap ikan tak akan dapat? (www.jaring.com.my )


65. Dlm satu balang ada 2 jenis kacang - kacang hijau & kacang merah, cam mana nak asingkan kacang itu dgn tutup mata? ( asingkan jer lah coz cuma ada 2 kacang)


66. Ada kat rumah, tak ada kat bilik ada kat dalam air? (huruf "a")


67. Banyak² jam, jam apa plg murah ?(jamban)


68. Mata banyak, mulut satu, mata & mulut kat kakai? (kasut)


69. Tekan putih, keluar hitam? (door bell rumah india)


70. Anak raja mana yang jalan bawah tanah? (Putra LRT)


71. Bersih dia hitam, kotor dia putih? ( Papan hitam)


72. Kenderaan apa yang pemandu ramai, penumpang satu? (keranda)


73. Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam, (telur tembelang)


74. Kalau kita tikam org sampai mati, selain kuar darah, kuar apa? ( kuar paper)


75. Banyak² van, van apa yang tak leh jalan? (van rosak)


76. Kenapa bila kita berak dlm air, taik tu tengelam timbul? ( taik tak tahu berenang)


77. Banyak² buah, buah apa yang banyak mata? (nanas)


78. Kecil hitam, besar putih? (micheal jackson)


79. Antara penyu dan telur mana boleh makan? ( penyu)


80. Burung yang tak bela anak dia? ( burung belatuk-bela atuk)


81. Bila sejuk dia cair, panas beku? ( telur ayam )


82. Masuk lurus keluar bengkok? (korek idung)


83. Banyak² baju, baju apa plg malas? ( baju tidur)


84. Banyak² kuih, kuih apa plg jauh seklai? (kuih bulan)


85. Tambat dia gemuk, lepas dia kurus? ( kelambu)


86. Kenderaan apa yang plg banyak tayar kat dunia nie? ( kapal kargo bawak tayar)


87. Buang isi, ambil kulit? ( tong sampah)


88. Atas pokok ada buah, atas buah ada pokok? ( nanas)


89. Pegang boleh, ambil tak boleh? ( bayang² )


90. Payung yang tak leh digunakan waktu hujan? ( paku payung)


91. Bulan yang boelh di capai? ( bulan kat kubah masjid)


92. Banyak² bunga, bunga apa yang disiram mati? ( bunga api)


93. Banyak² bola, bola apa yang gol dia kat mulut ( bebola ikan)


94. Dlm satu tahun ada berapa bulan? ( 1 bulan )


95. Apa dia yang ada kayu kat bibir? ( manusia pakai lipstik)


96. Banyak² tepung, tepung apa yang tak warna putih? ( tepung gomak)


97. Burung apa yang ada satu jantia jer ( burung kakak tua, sebab tak ada burung abang tua)


98. Benda apa yang warna dia sama dgn nama dia? ( cokelat)


99. Binatang berkakai 8, berkepak, bertelur 2, berbahasa mamak? ( mamak naik kuda bawak ayam)


100. Negara apa bila di buang satu huruf jadi benda, bila di buang 2 huruf jadik nama org? ( Itali)

Sumber: Internet

0 komen membina:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP