Nuffnang

Cucuk Cucuk Ada DNA VAVI? 4

>> Wednesday, August 03, 2011

Assalamualaikum.

Cucuk cucuk

Sebelum tu selamat berpuasa kat semua yang puasa noh. Nak habaq mai, sapa yang suka sgt dok mkn cucuk cucuk tu mai singgah baca ni. Nasib aku x suka makan dari dulu lagi benda alah ni. Rasanya xmati pon kalu x makan benda ni. Banyak lagi makananan lain yg ada.

KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Sekian.

Sumber:Harian Metro.

p/s: Jangan puasa mulut ja,puasa semua pancaindera.


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP