Nuffnang

Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Rahsia Bola Hitam Putih 0

>> Sunday, July 03, 2011



Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih .."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu.

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya  main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya." "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu...

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, pula dgn bola hitam dan ola putih semestinya!!.

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motor je. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak  membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia
jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba...

"sebabnya ....saya.. saya... saya...."

Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal dunia.

Sekian.

p/s: Sorry jangan marah2 nanti cepat tua.Korang taw tak jawapan dia? Habaq mai sat


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...

Mengapa Penjara Pudu Ditutup? 3

>> Monday, June 20, 2011

Assalamualaikum, 

Penjara Pudu (Ehsan www.google.com)

Cerita ini mengisahkan kenapa,mengapa,bila dan bagaimana serta sebab penjara pudu ditutup.
Tempat: Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur... 
Tarikh: Di suatu ketika dulu.. 
Saksi: Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula..

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... " 

Sekian.

Sumber: Tidak diketahui asal-usul cerita ini.
p/s: Cerita ini hanya rekaan semata2. Tiada kena mengena dengan yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia.


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...

100 Teka Teki 0

>> Wednesday, June 01, 2011



1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki? (burung kena pijak)

2. lalat ader enam kaki, hinggap atas seketul tahi kaki dier tinggal beraper? ( tinggal 5 , 1 tutup idung)


3. ulat gonggok ader 100 kaki, belok ke kiri tinggal beraper? (99, 1 beri signal belok)


4. burung ader 10 ekor hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kener 2 ekor. Beraper ekor yg tinggal ? (10 ekor, ekor tak tanggal)


5. Kapal layar bertolak dari utara ke selatan, angin bertiup dari timur ke barat, asap kapal tu kemana (naik ke atas)


6. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. (masuk benang dlm jarum)


7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai? (bas sekolah)


8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? (milo)


9. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki? ( kalau 2-jatuh)


10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta? (motor – bertongkat)


11. Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah (panjat pokok kelapa)


12. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan? (betina – duyong, bakar – jantan)


13. Kalau makan isi, buang kulit. Kalau makan kulit, buang apa? ( buang tebiat)


14. Kalau kat tangan jam tangan, kalau kat dinding, jam dinding, kalau kat dahi, jam apa? ( jambul)


15. Beza Burung dgn Unta (Unta ada burung , tapi burung tak ada unta)


16. Jauh macam ambulan , dekat macam doktor..apa dia?(nyamuk)


17. Potong panjang tak potong pun panjang?(kacang panjang)


18. Nampak dibawah cari di atas? ( bumbung bocor)


19. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik( bilik – tutup tuk start permainan, stadium- bukak start permainan)


20. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol (semut mata bengkak)


21. Ahmad bin Abu, kambing bin apa? ( Binatang)


22. Apa dia, 3 pasang - 2 kaki, 2 pasang - 1 kaki (kereta manual & otomatik)


23. Dalam dunia ni kan haiwan apa yang paling miskin, dihina dan dicercasian dia ( AYAM yelah sebab kalau nak makan dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dah tu peribahasa pun ada kata, org yang tak pakai selipar/kasut/alas kaki tu ber'kaki ayam' alamak ayam lagi yang kena..kesian dier..)


24. Dalam banyak -banyak huruf, huruf apa paling panjang (Paling panjang dan paling membosankan ialah huruf Q)


25. Ada 2 ekor katak, salah sekor katak tu melompat tapi yg sekor lagi tak melompat kenapa yg sekor tu tak leh melompat macam member dia..kenapa hah?? ( sebab yg sekor tu 'KATAK bawah tempurung' bab tulah ia takleh melompat macam member dia.)


26. Barang/benda jenis apakah yang disukai oleh semua orang tapi tak semua orang suka membelinya? ( Barang asli Sebabnya ialah kebanyakan harga barang-barang asli adalah mahal, jadi ada orang lebih suka membeli barang tiruan kerana ianya murah)


27. Buah apa yang gantung tak berdahan tapi bila pegang waktu panas ia melekat (buah melaka belum gaul kelapa )


28. Buah apa yang panas selama2nya bila2 kena pun panas. ( buah penerajang ngan penampor)


29. Ku kangkang ku taruk ku bukak uhhh sedapnye. ( Cermin Mata)


30. Bulu bertemu bulu semakin rapat semakin sedap rasanye. ( Tutup mata nak tido ler)


31. Badan bertemu badan cucuk batang keluar air . ( Mesin Tebu)


32. Tutup pintu tutup lampu bukak kain main. ( Panggung Wayang)


33. Lembu ada 4org pompuan ada dua jer benda tuape ke bendanye . ( Kaki )


34. Binatang ape ada banyak buahnye. ( Naga cina sebab yg main naga tu mungkin lebih dari 10 org jantan tu yg banyak buah dia tu )


35. Laki-laki kalau tak dapat benda tu dia gunakan tangan. ( Sudu atau garpu nak makan)


36. Masuk tegang keluar lembik. ( Stokin)


37. Bile dia masuk tegakbila dia keluar dia bengkok. ( Jari kelingking korek hidung)


38. Kenape org lelaki tak boleh berendam dalam air laut lama-lame. ( Takut jadik telur masin.)


39. Huruf apa paling tinggi (jawi)& paling panjang (rumi) 
( huruf wau & Q )


40. Bulu bertemu bulu, dunia bertambah gelap ( tutup mata)


41. Banyak² singh, singh apa plg gembira? (Singarung)


42. Banyak² kelapa, kelapa apa tak der kat malaysia? (Kelapa laut Afrika)


43. Ada satu jln, bila warna hijau tak jalan, tapi bila warna merah, jalan tak berhenti sampai habis? (ubat nyamuk)


44. Ketika kecil pakai yang besar, bila besar pakai yang kecil,(pampers)


45. Banyak² pokok, pokok apa plg tinggi? (pokok kat gunung everest)


46. Banyak² pokok, pokok apa yang tak malu? (pokok menumpang)


47. Banyak² siput, siput apa org bela? (siput rambut)


48. Banyak² siput, siput apa plg bijak?(siput sarawak)


49. Menyepit bukan ketam, mencangkung bukan monyet? (chopstick)


50. Gosok² tegak? (strerika)


51. Dilihat keras di pegang cair? (airbatu)


52. Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat? ( duit sepuluh sen bila masuk dalam air tenggelam)


53. Banyak² rumah, rumah apa tinag dia kat atas? (kubur)


54. Benda terlicin kat dunia (org minyak)


55. Mlm hidup, siang mati (ikan)


56. Apa dia, kepala kat kepala, taik kat kepala, tangan kat kepala, kaki kat kepala? (kutu)


57. Banyak² angota ayam, apa plg sedap? (bulu ayam tuk telinga gatal)


58. Binatang apa yang bertelur & beranak (siput babi)


59. Banyak² kuih, kuih apa yang bukan kuih? (kueh teow)


60. Banyak² kereta, kerata apa yang pemandunyer memandu dari belakang? ( kereta sorong)


61. Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang sekor menang tapi yang sekor lagi mati lemas kenapa? ( 1- anjing laut, 1- anjing biasa)


62. Sebelum masuk keriang, dah masuk basah? (uncang teh)


63. Mana lebih tinggi ayam ker kura²? (kura² sebab 4 kaki)


64. Banyak² jaring, jaring apa yang kalau wat tangkap ikan tak akan dapat? (www.jaring.com.my )


65. Dlm satu balang ada 2 jenis kacang - kacang hijau & kacang merah, cam mana nak asingkan kacang itu dgn tutup mata? ( asingkan jer lah coz cuma ada 2 kacang)


66. Ada kat rumah, tak ada kat bilik ada kat dalam air? (huruf "a")


67. Banyak² jam, jam apa plg murah ?(jamban)


68. Mata banyak, mulut satu, mata & mulut kat kakai? (kasut)


69. Tekan putih, keluar hitam? (door bell rumah india)


70. Anak raja mana yang jalan bawah tanah? (Putra LRT)


71. Bersih dia hitam, kotor dia putih? ( Papan hitam)


72. Kenderaan apa yang pemandu ramai, penumpang satu? (keranda)


73. Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam, (telur tembelang)


74. Kalau kita tikam org sampai mati, selain kuar darah, kuar apa? ( kuar paper)


75. Banyak² van, van apa yang tak leh jalan? (van rosak)


76. Kenapa bila kita berak dlm air, taik tu tengelam timbul? ( taik tak tahu berenang)


77. Banyak² buah, buah apa yang banyak mata? (nanas)


78. Kecil hitam, besar putih? (micheal jackson)


79. Antara penyu dan telur mana boleh makan? ( penyu)


80. Burung yang tak bela anak dia? ( burung belatuk-bela atuk)


81. Bila sejuk dia cair, panas beku? ( telur ayam )


82. Masuk lurus keluar bengkok? (korek idung)


83. Banyak² baju, baju apa plg malas? ( baju tidur)


84. Banyak² kuih, kuih apa plg jauh seklai? (kuih bulan)


85. Tambat dia gemuk, lepas dia kurus? ( kelambu)


86. Kenderaan apa yang plg banyak tayar kat dunia nie? ( kapal kargo bawak tayar)


87. Buang isi, ambil kulit? ( tong sampah)


88. Atas pokok ada buah, atas buah ada pokok? ( nanas)


89. Pegang boleh, ambil tak boleh? ( bayang² )


90. Payung yang tak leh digunakan waktu hujan? ( paku payung)


91. Bulan yang boelh di capai? ( bulan kat kubah masjid)


92. Banyak² bunga, bunga apa yang disiram mati? ( bunga api)


93. Banyak² bola, bola apa yang gol dia kat mulut ( bebola ikan)


94. Dlm satu tahun ada berapa bulan? ( 1 bulan )


95. Apa dia yang ada kayu kat bibir? ( manusia pakai lipstik)


96. Banyak² tepung, tepung apa yang tak warna putih? ( tepung gomak)


97. Burung apa yang ada satu jantia jer ( burung kakak tua, sebab tak ada burung abang tua)


98. Benda apa yang warna dia sama dgn nama dia? ( cokelat)


99. Binatang berkakai 8, berkepak, bertelur 2, berbahasa mamak? ( mamak naik kuda bawak ayam)


100. Negara apa bila di buang satu huruf jadi benda, bila di buang 2 huruf jadik nama org? ( Itali)

Sumber: Internet


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP