Nuffnang

Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

SMS Cinta 0

>> Monday, July 04, 2011


1. Jika air adalah ciuman, aku akan kirimkan lautan. Jika pelukan adalah daun, aku akan kirimkan pohon. Jika cinta itu abadi, kutawarkan keabadian cintaku padamu!

2. Kutuliskan namamu di langit, angin meniupnya. Kutuliskan namamu di laut, badai membawanya. Kutuliskan namamu di hatiku, cinta namanya.

3. Ada 12 bulan dalam setahun, 30 hari dalam sebulan, 7 hari dalam seminggu, 60 detik dalam satu jam. Tapi hanya ada kamu seorang sepanjang hidupku.

4. Hanya ada dua alasan aku bangun setiap pagi: alarmku dan kamu!

5. Dalam benak orang bijak ada idea, solusi dan alasan. Dalam benak para ahli ada formula kimia, teori dan rumus. Di dalam benakku, hanya ada kamu!

6. Aku pernah berpikir, aku tak akan bisa mewujudkan impianku. Tapi pikiran itu sekejap hilang sejak aku melihatmu.

7. Kata dimulai dengan ABC, Angka dimulai dengan 123. Lagu dimulai dengan do re mi. Cinta dimulai dengan aku dan kamu

8. Ada samudera di lautan, ada hutan di pegunungan. Semuanya kuseberangi demi cintaku padamu, sudahkah kamu menerimanya?

9. Saat kukirimkan SMS ini aku kehabisan kata-kata. Kehabisan Baterai. Kehabisan Pulsa. Tapi cintaku ini takkan pernah habis untukmu.

10 Sherlock Holmes itu idiot! Graham Bell itu bodoh! Yang satu detektif, yang satu penemu telepon. Tapi tak seorangpun yang menemukanmu selain aku. Aku jenius ya!

11. Ah aku lupa namamu, boleh aku memanggilmu milikku? Dan kamu juga lupa namaku :( Kamu boleh memanggil aku milikmu kok :)

12. Cinta itu 4 langkah doang: 1. aku 2. kamu 3. kita 4. cinta

13. Aku mencintaimu! Jika kamu benci aku, panah saja diriku. Tapi jangan di hatiku ya, karena di situ kamu berada

14. Kuminta mawar diberi-NYA taman. Kuminta setetes air diberi-NYA lautan. Kuminta malaikat diberi-NYA kamu!

15. Hei kamu! Kamu pasti pencuri karena kamu mencuri hatiku. Kamu pasti lelah karena kamu selalu berlari di pikiranku. Tapi aku kangen kamu

16. Kenapa sih kamu nggak SMS-in aku… a. Sibuk b. Lagi Nyetir c. Lupa d. kamu pengen aku kangenin kamu ya?

17. Seorang malaikat bertanya padaku, kenapa sih kamu cinta dia? Aku menjawabnya, karena tidak ada alasan untuk tidak mencintai dia

18. Aku dan kamu itu malaikat dengan satu sayap. Jadi kalau kamu nggak bisa terbang, boleh nggak sih aku menemani kamu?

19. Boleh nggak sih aku bilang aku cinta kamu hari ini? kalau besok gimana? besok lusa? besoknya besok lusa? gimana kalau selamanya?

20. Kamu bilang Hi! aku diem aja. Kamu tersenyum, aku buang muka. Kamu bilang cinta, aku nggak suka. Tapi kalau kamu bilang selamat tinggal, aku kehilangan.

21. Sahabat itu manis kalau baru. Lebih manis kalau jadi cinta. Tapi yang paling manis kalau itu adalah kamu.

22. Kalau kamu sedih nanti, telepon aku ya. Aku nggak janji bikin kamu ketawa, tapi aku janji aku akan menangis bersamamu.

23. Saat melihatmu, aku takut menyentuhmu. Saat menyentuhmu, aku takut menciummu. Saat menciummu, aku takut mencintaimu. Saat mencintaimu, aku takut kehilanganmu.

24. Andai jadi bantal, biar kau bersandar. Andai aku jadi tempat tidur, biar kau berbaring. Andai aku jadi selimut, akan kupeluk kau erat.

25. Alasan kenapa aku kangen kamu: karena kamu manis, kamu baik, kamu cakep deh, dan kamu belum SMS-in aku!


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...

Andainya Perempuan Tahu... 2

>> Tuesday, May 31, 2011

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

* Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita... (ye ke?)

* Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita.. sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. (ops!mungkin tidak kot….)

* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. (hmmm…..)

* Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu".. itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

* Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan.. dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita.. dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan.. :)

* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja.... Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! (ops!mungkin tidak kot….)

* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

* Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

* Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

*Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! 


sumber: majalah, laman sesawang dsb



Moral: Mengapa mencari sesuatu yang terlalu sempurna sedangkan dah tertulis manusia itu tidaklah sempurna. Ketidaksempurnaan itulah yang akan saling mlengkapi utk melahirkan sesuatu yg sempurna di dlm sesuatu ikatan..manusia, sedarlah...

Sekian.


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...

Paku Di Dinding Hatimu 0

>> Sunday, May 29, 2011

Assalamualaikum,

Post kali ni aku nk kongsi pasal 1 cerita. Mungkin korang semua dah pernah baca. Bagi yg first time baca tu hayatilah dan ambil iktibar daripada cerita ni.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

Moral: berfikirlah sebelum buat something. Bertindak mengikut arahan dan bukannya mengikut hati dan perasaan. Walaupun kita dah mintak maaf kat dia tp parut luka tu masih ada. Hargailah kawan2 kita jgn la time susah baru nak cari. Time senang lupa.

Sekian.


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP