Nuffnang

Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Luahan Hati Anak Terbuang 3

>> Saturday, June 11, 2011

Assalamuaikum,

Semasa berjalan2 di alam maya FB, sy terjumpa 1 coretan yg dapat dijadikan iktibar pada pagi Sabtu yg mulia. Pesanan iklhas tolong sediakan tisu sebelum membaca. Sangat menyentuh hati jika kamu seorang yang sensitif dan peka terhadap persekitaran.

Luahan Hati Seorang Anak Yang Terbuang!
Assalamualaikum korang ;)

dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa.
sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..."
9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia.
oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia.
sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya.
tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak.
saya percaya itu.
hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perotnya.
saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi.
semalam ibu sakit perot.

ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perot segala..."
tapi apa kan daya mulut saya belom terbentuk sempurna.
tapi kan saya sungguh pelik.
kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung?
tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut.
oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perot agaknya...
malam nih ibu tidor lewat.
ibu tunggu ayah barangkali.
mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan?
sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam.
ibu..... saya sejuklah.
tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah.
takper, saya rela bersejuk.
sampai pukul 2 pagi baru ayah datang.
dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perot, mana boleh ngorat.

tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah.
bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise.
romantiknya ibu ayah saya!!mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perot ibu.
bergegar saya dalam perot ibu.
apa nih ayah, saya sakit lah.
belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat.
tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham....
then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.

ayah tolak.
aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot?
ganasnya ibu ayah saya.
tiba-tiba ayah pijak perot ibu.
adoi sakitnya saya!

ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. jom lah kita kawin..."
ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
yer la saya pening di sepak terajang.
tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
kenapa...................
lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi.
ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek.
ibu duduk dengan kawan dia.
aunty mira kot nama dia.
saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas.
saya sakit tau bila ibu minum air nenas?
tapi... ibu sayang saya.

jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis.
pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis.
saya tak paham lah kenapa.
kenapa yer korang?

makin lama, saya makin besar.
ibu dah tak penah keluar rumah.
yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat.
jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidor.
saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis.
mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!

nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu..
oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang.
dia tengok ibu.
dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia.
ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh.
mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu.
sukanya saya.

saya ingat ayah benci saya tadi.
ayah nih pandai bergurau lah.
tapi ayah tak duduk lama pun.
ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
ayah tak pegang pon saya.
mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.
tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe.
dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat.
saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perot ibu.
saya rasa saya nak keluar.
saya dah hint ibu banyak kali dah.

saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil?
kenapa ibu tak pergi hospital pon?
IBU, SAYA NAK KELUAR NIH.....
ibu mengerang dan meneran kuat.

saya nampak aunty mira duduk tepi katil dan biar ibu teros meneran dan keluarkan saya.
aunty mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..."
dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan?
maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu.
saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik.
itu janji saya pada ibu.... dan ayah.
aunty mira letakkan saya dalam kain batik.
ape la aunty nih mandi kan la saya.
tak seronok lah ada darah-darah nih.
karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya.
ibu dah la tengah terbaring sakit.
wah indah nya dunia.

ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga.
akhirnya saya terkeluar juga.
nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.
tiba-tiba ayah datang.
ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..."

ibu tersenyum dalam sakit.
ayah angkat saya laju-laju.
rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe.
ayah bawak saya keluar rumah.

ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak.
AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU.
dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor.
tapi ruang yang terbuka cuma kecil.

ayah tutup saya dengan beg kerjanya.
sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan.
saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok.
tak sabarnya di pelok, di cium....
dan ayah berenti di satu rumah flat.
mungkin nenek dan atok saya duduk sini.
ayah bawak saya naik atas, guna tangga.

kenapa tak guna lif ayah? saya kan berat kesian ayah.
nanti saya balas jasa ayah yer.
sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga.
sunyi tempat tu.
mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi.
ayah ni kan......
ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi.
ayah ikat semua sekali.
sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELOM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELOM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELOM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELOM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

dan saya rasa saya tercampak jauh.
berlegar-legar sebentar sebelum teros jatuh mencium tanah.
sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok.
dan sampai ke tanah.............
mungkin saya di takdirkan untuk hidop hanya setakat ini.
tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing.

kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.
OH AYAH KU.......

TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIODP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDOP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDOP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDOP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...

Sumber: FB, credit to AISHA INANI.

p/s: Moga dapat dijadikan iktibar dan pedoman hidup kita semua. Ini perkongsian yang sangat baik.

Sekian.


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...

Awak Jangan Kecewakan Saya Taw... 0

>> Saturday, June 04, 2011

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
 
Sekian.
 
 
Sumber: Internet.


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...

Jom Terjah! salam perkenalan... 0

>> Saturday, May 28, 2011

Assalamualaikum,

28 May 2011. Penjana semula blog Askwhat Studio pada saat dan ketika ini. Salam perkenalan kepada semua blogger yang singgah. Harap anda semua sudi memberi tunjuk ajar. Mula2 mesti nak kenalkan diri dulu kan. Orang kata xkenal maka xmesra. Orang yg kata bukan aku.hehe.. Korang semua bleh add Fb Mohd Aswad [link]. Askwhat Studio? apa tu? Askwhat=Aswad nama sebenar aku. Cer sebut laju2.Mesti bunyinya sama kan? Studio pulak angan2 la nk buka studio untuk editing..huhu

Blog ni sebenarnya dah lama wujud. Tp atas sebab2 yg xmunasabah telah dibiarkan bersawang. Aku dah lama xupdate sejak msuk u lg. Lama kot dah 2 thun blajar. Banyak benda dh berubah. Begitu juga aku. Askwhat Studio tu trademark aku sejak dari matrik lg. Ntah mcm mna bleh dtg idea nk guna sampailah skrg. Yg ni ja xberubah agaknya dulu, kini dan selamanya.

Ada 1 kenangan yg xdapat dilupakan pada tarikh 28hb. Tp biarlah rahsia.hehe. Salam perkenalan lg skali. Kalau jumpa kt alam nyata ni jgn segan2 nak tegur. ‘I Like’. Tq sbb sudi terjah kt sini.

Sekian.






    


Kalau Suka Boleh LIKE. Kalau Xsuka SENYUM, X Perlu Kata Apa-apa

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP