Nuffnang

PTPTN Batal Jika PNGK Bawah 2.0

>> Saturday, June 18, 2011

Assalamuaikum,



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah? Ya. Pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.

Nampaknya PTPTN tidak berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan. Mereka yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka. Sebagai seorang pelajar, anda perlulah  berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman. Dah pinjam tu nanti jagan lupa bayar balik.

Suka diingatkan bahawa wang PTPTN adalah duit rakyat. PTPTN terpaksa buat keputusan ini walaupun pahit untuk diterima. Seharusnya para pelajar menggunakan wang itu secara berhemah. Jangan asyik berjoli sakan.

p/s: Jika anda peminjam PTPTN, rasanya patut x PTPTN buat mcm ni?

Sekian.

4 komen membina:

yaya_flanella June 19, 2011 at 2:02 AM  

patut. kalau dah bawah 2.0 tu nampak sangat dia tak mahu belajar. =.=

Anonymous,  June 19, 2011 at 8:51 AM  

Fuhhh... naseb baik result okay sem ni... yesss!

Athirah Liyana June 19, 2011 at 3:05 PM  

patut sgt2... bg duit ptptn bukan surohh enjoy sana sini.. hehe (:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP